There are basically three general rules or ways to be awesome where you can just follow either one of them. Do it and the next time you know, you are totally awesome.
1. Be yourself
Simple as it says, just be yourself. Be who you are, and with a little bit of confidence, you are ready to go. Don't you dare to care about what others think of you. They have no rights to tell you what is your problem (except your problem is a real big problem then maybe you should listen for once). So without question, be yourself, and don't give a damn on what others think or say about you, because you are awesome. :)
2. Be somebody else
This is kinda tricky because you need to be another person. Let's put it in this way, you think this particular icon/artist/character is cool, and you to be like them, so you become like them. So the question is, why not? Just do it(Nike). Why you bother if people say you are not being yourself by acting like somebody else? There's must be a few people in your group that will think "Man, you're cool dude" or "Way to go sista" although everybody else think you are gay/crazy/not original/idiot etc. but hey, at least you dare to do it.
3. Pick either one of those above or take both
Seriously, just choose one and stick it or pick both. How to pick both? Well, you can be yourself when you are with certain people and be somebody else when you are with another kind of people.
You might wonder if it works. Well, to make it works, you need to be confident and don't give a damn on what others think or say about you. It's your life, you decide how it goes, not them.
You wanna know who is awesome right now? Look into the mirror. ;)
Tuesday, December 6, 2011
Saturday, December 3, 2011
Dugaan Cinta - Part 4 - Terkilan
Vince tiba di London pada pukul 10
malam. Dia segera mendapatkan sebuah teksi untuk pergi ke Hospital Saint James.
Perasaan kehilangan seseorang yang penting dalam hidupnya tiba-tiba muncul
dalam dirinya. Dia meminta pemandunya supaya memandu dengan lebih laju lagi.
Pemandu tersebut menambahkan kelajuan teksinya, seperti yang diminta oleh
Vince. Dalam masa 20 minit, Vince tiba di hospital tersebut. Debaran hatinya
semakin kuat. Dia terus melangkah masuk ke dalam hospital tersebut, tanpa
mempedulikan perasaannya.
“Excuse
me, miss. Do you know where Miss Serene from Malaysia is currently warded?”
tanya Vince pada jururawat yang sedang bertugas di kaunter.
“Hold
on for a moment,” balas jururawat tersebut. Dia mengalihkan pandangannya ke
sebuah computer di hadapannya. Beberapa kekunci telah ditekannya. Vince pula
semakin tidak sabar untuk mendapatkan jawapannya.
“She is
undergoing an operation now. Please wait until it is over,” jawab jururawat,
sopan. Jawapan ini tidak seperti yang Vince harapkan. Namun dia lega kerana
Serene masih dalam pembedahan. Harapannya masih ada, walaupun tidak setinggi
langit.
“Where
is the operating theatre? I would like to wait there,” tanya Vince. Cincin emas
yang dibelinya awal pagi tadi digengam kuat.
“Go
straight and turn left on the second block and the operating theatre is…” belum
sempat jururawat itu memberikan jawapannya, Vince terus berlari menuju ke sana.
Ketika
dia hampir sampai di luar bilik pembedahan, dia ternampak beberapa orang jururawat
sedang menolak sekejur tubuh yang ditutupi kain putih dari hujung kaki hingga
ke muka. Tiba-tiba perasaan sayu dan hiba datang menyelebungi tubuhnya. Dia
ternampak tag nama yang tergantung pada hujung katil tersebut. Serene namanya.
Dengan tangan yang berketar-ketar, dia menarik kain yang menutupi muka tubuh
itu. Jururawat tersebut membenarkannya berbuat demikian lalu beredar dari sana.
Air mata Vince mula bergenang. Wajah Serene yang kelihatan tenang wujud di
depan mata Vince.
“Tidak!
TIDAK! SERENE!” jerit Vince. Dia terus memeluk badan Serene yang tidak bernyawa
itu. Air mata terus mengalir di pipi Vince. Setelah beberapa seketika, dia
melepaskan pelukannya. Dia telah mengerti bahawa Serene tidak lagi berada di
dunia ini. Sebelum dia meninggalkan Serene, dia berbisik di tepi telinga
Serene.
“Saya
tetap mencintaimy. Saya tidak aka melupakanmu. Kenangan kita akan menjadi
pengabadian dalam hatiku,” bisik Vince. Kemudian, dia menyarungkan cincin emas
itu pada jari manis Serene. Beberapa jururawat datang selepas itu dan mereka
membawa mayat Serene ke bilik mayat untuk prosedur yang seterusnya. Vince
berjalan beberapa langkah ke arah tingkap dan kemudian memandang ke luar.
Kesedihan jelas terpapar pada wajahnya.
“Saya
tidak akan melupakanmu, Serene. Saya akan mencari kebahagiaan yang pernah kita
tempuhi. Saya akan mencarimu di setiap pelosok dunia ini. Saya akan menemanimu
dan membawamu ke serata dunia untuk mencari kebahagiaan yang pernah kita lalui.
Saya tidak merelakan pemergianmu, Serene. Percayalah Serene, saya akan
mencarimu semula, tidak kira di dunia ini atau di dunia lain,” janji Vince pada
Serene. Darah mula mengalir pada tangan kirinya.
Dugaan Cinta - Part 3 -Masih Berharap
“Dia
ada barah otak. Hanya doktor pakar di Hospital Saint James, England yang mampu
menjalankan pembedahan ini. Doktor di sini tak dapat buat apa-apa. Walaupun
hanya ada sepuluh peratus pembedahan ini berjaya, tetapi dia berkeras ingin
menjalankan pembedahan. Dia juga telah menandatangani satu perjanjian di mana
jika dia gagal menempuhi dugaan ini, dia akan mendermakan semua organ badannya,”
balas ayah Serene. Pada waktu yang sama, ibu Serene telah menangis. Perasaan
sedihnya yang disimpan dalam hatinya dilepaskan sahaja. Suaminya cuba
menenangkan hati isterinya itu.
Vince
hanya mampu berdiri di sana. Dia tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa.
Mulutnya bagai terkunci. Dia juga tidak menyangka bahawa kekasihnya itu
mempunyai penyakit sebegitu. Lebih menghairankannya, Serene tidak pernah
memberitahunya apa-apa tentang penyakitnya itu.
“Pak…pak
cik, sejak…sejak bila Serene mula…mula menghidapi barah…barah ini?” tanya
Vince. Kata-katanya itu lemah dan bagaikan tidak bermaya.
“Enam
bulan yang lalu. Dia sayangkan awak, Vince. Oleh itu, dia rela merahsiakannya
daripada melihat awak bersusah-payah melakukan apa-apa sahaja deminya,” balas
ayah Serene.
Kini
Vince sedar akan kebenaran itu. Dia kini sedar mengapa Serene sering kali
berulang-alik dari hospital sejak lima bulan ini. Dia berasa menyesal kerana
tidak pernah menanya Serene tujuannya berbuat demikian. Dia juga sedar betapa
Serene mencintainya. Dia mengeluarkan cincin emas yang baru dibelinya pagi dan
melihatnya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke luar. Kelihatan sebuah
kapal terbang yang telah terbang jauh dari tempat dia memandang. Tanpa disedari,
air mata telah membasahi pipinya.
“Baiklah.
Serene mungkin telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Kita haruslah
menghadapi realiti ini dan bukannya realiti yang mengawal hidup kita. Tabahkanlah
dirimu, Vince. Jika Serene tidak berjaya melepasi dugaan ini maka lebih baik
kamu melupakannya sahaja,” kata ayah Serene sambil menepuk bahu Vince sebelum
meninggalkannya dan memimpin isterinya keluar dari lapangan terbang ini. Vince
hanya mampu memandang ibu bapa Serene beredar dari lapangan terbang tersebut
tanpa berkata apa-apa.
“Oh,
tidak! Serene masih belum meninggalkan saya lagi. Dia hanya berada dalam
perjalanan ke England. Saya masih sempat mencari dia jika saya mengikut
penerbangan yang seterusnya. Ya, inilah satu-satunya pilihan yang saya ada,”
kata Vince pada dirinya. Dia segera bergerak ke kaunter dan membeli tiket
penerbangan ke England yang seterusnya. Walaupun penerbangan seterusnya ke
England adalah tiga jam kemudian namun dia rela menunggu. Dia tidak rela
kehilangan orang yang dicintainya tanpa mendapat jawapan yang dia inginkan.
Tiga jam
berlalu dengan pantas sekali. Kini, Vince berada dalam kapal terbang yang bakal
berlepas ke England. Walaupun dia sering kali menaiki kapal terbang ke banyak
destinasi untuk menjalankan urus niada tetapi kali ini hatinya sungguh tidak
selesa. Namun dia tidak mempedulikannya. Setelah sekian lama menunggu, kapal
terbang yang dinaikinya pun berlepas ke England. Sepanjang perjalanannya, dia
berdoa agar dia masih sempat untuk berjumpa dengan Serene sebelum
pembedahannya. Dia juga berdoa agar Serene berjaya mengharungi pembedahan yang
penuh dengan risiko ini jika dia tidak sempat mencarinya di sana.
Kesudahan yang Menyedihkan - Part 4 - Suratan Takdir
Aku
membuka kedua-dua mataku, perlahan-lahan. Seluruh badanku terasa lemah,
bagaikan tiada tenaga. Aku menoleh ke arah kananku, kelihatan seorang wanita
duduk tertidur sambil memegang tanganku, erat. Ya, dialah ibuku. Aku pasti, amat
pasti.
“I..I..bu..”panggilku,
namun suaraku masih lemah dan tidak kuat. Ibu tersentak, terjaga daripada
tidurnya lalu memandang ke arah wajahku yang masih lagi pucat. Wajahnya riang,
meluru keluar dan memanggil doktor. Maafkanlah aku, ibu. Aku telah membuat awak
risau tentang diriku. Tanpa disedari, aku telah terlantar di atas katil
hospital hampir empat bulan lamanya. Tempoh yang amat lama. Tempoh yang
menyeksa ibuku selama ini. Tetapi hari ini, aku gembira. Aku baru sahaja
menamatkan kesengsaraan ibuku yang tercinta ini. Ibuku memberitahuku, esok adalah hari jadiku, juga
merupakan hari untuk semua orang mengambil slip keputusan STPM. Ingin juga aku
mengambilnya sendiri, tetapi keadaan aku kini tidak mengizinkannya.
Sepanjang
hari ini, aku ditemani ibu dan adik-adikku. Aku hanya dapat mendengar cerita
mereka, peristiwa yang mengambil tempat selama ini. Aku tersenyum. Syukurlah,
semuanya masih belum berubah. Tiba-tiba kepalaku terasa amat sakit. Aku ingin
menjerit, namun tiada kata-kata yang keluar dari mulutku. Cecair yang berwarna
merah mula mengaliri kepalaku. Manusia yang menemani aku tadi menjerit
ketakutan. Ibuku segera mendapatkan doktor. Entah apa yang sedang berlaku.
Namun, kesakitan yang menggigit kepalaku tidak dapat aku tanggung lagi. Aku pengsan.
Matahari
sudah menjelma, aku pun bangun daripada tidur semalam. Ganjil, kali ini aku
dapat bergerak bebas. Aku tersenyum riang. Tanpa membuang masa, aku meluru
keluar, mendapatkan ibuku untuk memberitahu berita baik ini. Sebaik sahaja aku
melangkah keluar dari pintu wad, aku dapat melihat ibu dan adikku terduduk di
atas bangku, menangis. Hairan. Aku segera mendapatkan mereka, berlari meluru ke
arahnya. Sebelum aku berjaya, Cikgu Ranjit bersama tiga orang pelajar yang lain
mendapatkan mereka terlebih dahulu. John, Ric dan Jes rupanya. Mereka pasti
datang untuk menumpang berita baik aku ini, fikirku.
“Tahniah,
puan! Win dapat keputusan yang terbaik, 10 terbaik dalam negara, 4A!” kata
Cikgu Ranjit, tercungap-cungap. Aku tersenyum, usahaku selama ini telah
membuahkan hasilnya dan tidak mengecewakan manusia yang meletakkan harapan
masing-masing di atas bahuku. Aku mula berjalan perlahan, tidak lagi berlari.
Aku berharap mereka tersedar akan kehadiranku lalu mendekapku. Tiba-tiba,
sekumpulan jururawat memintas jalanku. Mereka menolak sekejur tubuh yang
diliputi kain putih. Doktor datang menghampiri ibuku.
“Maafkan
kami, puan. Kami sudah buat yang terbaik namun Tuhan yang lebih menyayanginya,”
kata doktor. Air mata mula berlinangan di pipi setiap manusia yang aku kenali
di situ. Kain putih itu ditarik. Aku tersentak. Wajahnya seiras dengan wajahku,
tiada perbezaan.
Aku
tersenyum. Kini aku mengerti. Rupanya, aku sudah tewas dalam peperangan ini.
Tuhan telah memberi aku hadiah hari jadi aku semalam, untuk melihat dunia buat
kali terakhir, untuk melihat wajah orang yang aku kasihi. Kini semua insan di
hadapan mataku menangis dan memeluk tubuh yang tidak bernyawa itu,
menjerit-jerit namaku. Hatiku sayu, pedih. Aku ingin bersuara, namun tiada
orang yang mampu mendengarnya.
Aku
berjalan, beredar dari tempat tersebut. Aku sedar, aku tidak lagi dimiliki
dunia ini. Aku ingin menoleh dan melihat wajah manusia yang sedang menangis
kesedihan, namun aku batalkan niat ini sahaja. Berat rasa hatiku ini. Tidak
sampai hati untuk aku melepaskan segala-galanya di sini. Segala yang kutempuhi
selama ini. Segala yang kuusahakan selama ini. Semuanya sia-sia sahaja? Ataupun
sekurang-kurangnya membuahkan sedikit hasil yang boleh mengubati rasa duka cita
semua orang? Adakah kesudahan seperti ini yang patut aku lalui? Ataupun Tuhan
telah membuat satu kesilapan yang besar? Tiada sesiapa pun yang mampu
memberikan jawapannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)