“Dia
ada barah otak. Hanya doktor pakar di Hospital Saint James, England yang mampu
menjalankan pembedahan ini. Doktor di sini tak dapat buat apa-apa. Walaupun
hanya ada sepuluh peratus pembedahan ini berjaya, tetapi dia berkeras ingin
menjalankan pembedahan. Dia juga telah menandatangani satu perjanjian di mana
jika dia gagal menempuhi dugaan ini, dia akan mendermakan semua organ badannya,”
balas ayah Serene. Pada waktu yang sama, ibu Serene telah menangis. Perasaan
sedihnya yang disimpan dalam hatinya dilepaskan sahaja. Suaminya cuba
menenangkan hati isterinya itu.
Vince
hanya mampu berdiri di sana. Dia tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa.
Mulutnya bagai terkunci. Dia juga tidak menyangka bahawa kekasihnya itu
mempunyai penyakit sebegitu. Lebih menghairankannya, Serene tidak pernah
memberitahunya apa-apa tentang penyakitnya itu.
“Pak…pak
cik, sejak…sejak bila Serene mula…mula menghidapi barah…barah ini?” tanya
Vince. Kata-katanya itu lemah dan bagaikan tidak bermaya.
“Enam
bulan yang lalu. Dia sayangkan awak, Vince. Oleh itu, dia rela merahsiakannya
daripada melihat awak bersusah-payah melakukan apa-apa sahaja deminya,” balas
ayah Serene.
Kini
Vince sedar akan kebenaran itu. Dia kini sedar mengapa Serene sering kali
berulang-alik dari hospital sejak lima bulan ini. Dia berasa menyesal kerana
tidak pernah menanya Serene tujuannya berbuat demikian. Dia juga sedar betapa
Serene mencintainya. Dia mengeluarkan cincin emas yang baru dibelinya pagi dan
melihatnya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke luar. Kelihatan sebuah
kapal terbang yang telah terbang jauh dari tempat dia memandang. Tanpa disedari,
air mata telah membasahi pipinya.
“Baiklah.
Serene mungkin telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Kita haruslah
menghadapi realiti ini dan bukannya realiti yang mengawal hidup kita. Tabahkanlah
dirimu, Vince. Jika Serene tidak berjaya melepasi dugaan ini maka lebih baik
kamu melupakannya sahaja,” kata ayah Serene sambil menepuk bahu Vince sebelum
meninggalkannya dan memimpin isterinya keluar dari lapangan terbang ini. Vince
hanya mampu memandang ibu bapa Serene beredar dari lapangan terbang tersebut
tanpa berkata apa-apa.
“Oh,
tidak! Serene masih belum meninggalkan saya lagi. Dia hanya berada dalam
perjalanan ke England. Saya masih sempat mencari dia jika saya mengikut
penerbangan yang seterusnya. Ya, inilah satu-satunya pilihan yang saya ada,”
kata Vince pada dirinya. Dia segera bergerak ke kaunter dan membeli tiket
penerbangan ke England yang seterusnya. Walaupun penerbangan seterusnya ke
England adalah tiga jam kemudian namun dia rela menunggu. Dia tidak rela
kehilangan orang yang dicintainya tanpa mendapat jawapan yang dia inginkan.
Tiga jam
berlalu dengan pantas sekali. Kini, Vince berada dalam kapal terbang yang bakal
berlepas ke England. Walaupun dia sering kali menaiki kapal terbang ke banyak
destinasi untuk menjalankan urus niada tetapi kali ini hatinya sungguh tidak
selesa. Namun dia tidak mempedulikannya. Setelah sekian lama menunggu, kapal
terbang yang dinaikinya pun berlepas ke England. Sepanjang perjalanannya, dia
berdoa agar dia masih sempat untuk berjumpa dengan Serene sebelum
pembedahannya. Dia juga berdoa agar Serene berjaya mengharungi pembedahan yang
penuh dengan risiko ini jika dia tidak sempat mencarinya di sana.
No comments:
Post a Comment