Saturday, December 3, 2011

Dugaan Cinta - Part 4 - Terkilan


                
Vince tiba di London pada pukul 10 malam. Dia segera mendapatkan sebuah teksi untuk pergi ke Hospital Saint James. Perasaan kehilangan seseorang yang penting dalam hidupnya tiba-tiba muncul dalam dirinya. Dia meminta pemandunya supaya memandu dengan lebih laju lagi. Pemandu tersebut menambahkan kelajuan teksinya, seperti yang diminta oleh Vince. Dalam masa 20 minit, Vince tiba di hospital tersebut. Debaran hatinya semakin kuat. Dia terus melangkah masuk ke dalam hospital tersebut, tanpa mempedulikan perasaannya.
                “Excuse me, miss. Do you know where Miss Serene from Malaysia is currently warded?” tanya Vince pada jururawat yang sedang bertugas di kaunter.
                “Hold on for a moment,” balas jururawat tersebut. Dia mengalihkan pandangannya ke sebuah computer di hadapannya. Beberapa kekunci telah ditekannya. Vince pula semakin tidak sabar untuk mendapatkan jawapannya.
                “She is undergoing an operation now. Please wait until it is over,” jawab jururawat, sopan. Jawapan ini tidak seperti yang Vince harapkan. Namun dia lega kerana Serene masih dalam pembedahan. Harapannya masih ada, walaupun tidak setinggi langit.
                “Where is the operating theatre? I would like to wait there,” tanya Vince. Cincin emas yang dibelinya awal pagi tadi digengam kuat.
                “Go straight and turn left on the second block and the operating theatre is…” belum sempat jururawat itu memberikan jawapannya, Vince terus berlari menuju ke sana.
                Ketika dia hampir sampai di luar bilik pembedahan, dia ternampak beberapa orang jururawat sedang menolak sekejur tubuh yang ditutupi kain putih dari hujung kaki hingga ke muka. Tiba-tiba perasaan sayu dan hiba datang menyelebungi tubuhnya. Dia ternampak tag nama yang tergantung pada hujung katil tersebut. Serene namanya. Dengan tangan yang berketar-ketar, dia menarik kain yang menutupi muka tubuh itu. Jururawat tersebut membenarkannya berbuat demikian lalu beredar dari sana. Air mata Vince mula bergenang. Wajah Serene yang kelihatan tenang wujud di depan mata Vince.
                “Tidak! TIDAK! SERENE!” jerit Vince. Dia terus memeluk badan Serene yang tidak bernyawa itu. Air mata terus mengalir di pipi Vince. Setelah beberapa seketika, dia melepaskan pelukannya. Dia telah mengerti bahawa Serene tidak lagi berada di dunia ini. Sebelum dia meninggalkan Serene, dia berbisik di tepi telinga Serene.
                “Saya tetap mencintaimy. Saya tidak aka melupakanmu. Kenangan kita akan menjadi pengabadian dalam hatiku,” bisik Vince. Kemudian, dia menyarungkan cincin emas itu pada jari manis Serene. Beberapa jururawat datang selepas itu dan mereka membawa mayat Serene ke bilik mayat untuk prosedur yang seterusnya. Vince berjalan beberapa langkah ke arah tingkap dan kemudian memandang ke luar. Kesedihan jelas terpapar pada wajahnya.
                “Saya tidak akan melupakanmu, Serene. Saya akan mencari kebahagiaan yang pernah kita tempuhi. Saya akan mencarimu di setiap pelosok dunia ini. Saya akan menemanimu dan membawamu ke serata dunia untuk mencari kebahagiaan yang pernah kita lalui. Saya tidak merelakan pemergianmu, Serene. Percayalah Serene, saya akan mencarimu semula, tidak kira di dunia ini atau di dunia lain,” janji Vince pada Serene. Darah mula mengalir pada tangan kirinya.

No comments:

Post a Comment