Win teringat semula saat-saat ketika mereka berada di sekolah menengah. Mereka sering kali menjadi bahan ejekan rakan-rakan sekelasnya. Malah, ada juga rakan yang cemburu dan iri hati cuba memisahkan mereka berdua. Pelbagai usaha yang telah dilakukan tetapi mereka berdua percaya antara satu sama lain. Mereka tidak pernah melayan fitnah yang dilemparkan. Malah hubungan mereka berdua bertambah akrab dan menjadi lebih baik.
Suatu hari, Serene menangis datang mencari Win. Serene memberitahu bahawa dia terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke luar negeri. Hati Win ketika itu bagaikan kaca terhempas ke lantai. Dia hamper mengalirkan air matanya tetapi cuba tabahkan dirinya. Tanpa diduga, pada hari Serene dan keluarganya ingin berpindah keluar, ayahnya menerima panggilan mengatakan bahawa rancangan mereka untuk berpindah terpaksa dibatalkan. Ayahnya tidak jadi untuk berpindah ke syarikat barunya. Syarikat tersebut diambil alih oleh syarikat yang lain. Win berasa sangat gembira.
Pada hari jadi Serene yang ke-18, Win memberanikan diri untuk membuat sesuatu yang mungkin mengubah hidupnya. Dia telah menyembunyikan perasaannya itu selama beberapa tahun. Pada malam itu, dia telah meluahkan perasaan cintanya pada Serene. Dia juga tidak menyangka Serene juga menyembunyikan perasaannya terhadap Win. Hubungan mereka berlanjutan selama 8 tahun. Kini, Win dan Serene mempunyai kerjaya masing-masing.
Win pergi ke sebuah kedai emas pada pagi ini. Dia telah membeli sebentuk cincin emas untuk melamar Serene. Sejambak bunga ros merah telah dibelinya. Win masih ingat lagi. Hari ini merupakan ulang tahun mereka bertemu kira-kira 23 tahun yang lalu. Hatinya riang ketika dia sedang memandu menuju ke rumah Serene. Setibanya dia di rumahnya, dia menerima sepucuk surat daripada jirannya. Tanda tanya telah wujud di kepalanya apabila mendapati Serenelah yang menulisnya. Setelah membacanya, Win terus memandu keretanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Win segera meletakkan keretanya di tempat meletak kereta. Dia berlari dengan pantas menuju ke pintu masuk lapangan terbang tersebut. Debaran hatinya semakin kuat dan dia dapat merasai suatu kehilangan pada dirinya apabila dia semakin menghampiri pintu masuk tersebut. Dia berasa gembira sedikit apabila melihat ibu bapa Serene berada kira-kira 10 meter di hadapannya sahaja. Dia segera berlari mendapatkan mereka.
“Pak cik, mak cik, mana Serene?” kata Win, tercungap-cungap. Dia mengharapkan jawapan yang bakal diberikan tidak mengecewakannya.
“Serene baru sahaja berlepas ke England,” balas ayah Serene. Terbayang perasaan sedih yang dialaminya.
“Pak cik, janganlah bergurau dengan saya pada masa ini,” kata Win. Satu senyuman terukir pada wajahnya, senyuman yang cuba menenangkan dirinya. Ayah Serene hanya memandang ke bawah. Dia tidak dapat berkata lagi. Win mula mengerti maksudnya itu.
“Tapi pak cik, apa penyakit Serene? Mengapakah pergi ke Englah untuk menjalani pembedahan? Tak bolehkah dilakukan di sini? Mengapa dia harus merahsiakannya daripada saya?” tanya Win. Air matanya hampir menitis.
No comments:
Post a Comment